May 1, 2009

i could say what i wanted to.

jari jemari ku longlai,
aku lemah atau aku tidak dapat mengawal?
bisikan jahat di telinga,
bisikan sinis ke hati,
hendak diikutkan, pasti aku kan merana,
hendak dialahkan, pasti aku tidak mampu,
aku tidak mampu mendenyutkan kembali semangat yang pudar ini,
atau aku mampu tetapi aku tidak mahu?
aku cari jawapannya, tapi seperti tiada petandanya,
kenapa aku lemah?
kenapa tidak bisa aku melawan?
kenapa tidak bisa aku bangkit?
mungkin,
kerana aku cuma manusia,
kerana aku cuma kerdil,
tidak mampu melawan?

tetapi ternyata aku silap,

apa tidak bisa sang semut membina rumah?
apa tidak bisa sang bintang berkelip?
bintang kan lebih kecil dari bulan,

jadi, biarlah aku terus menyelami,
lautan yang dipenuhi jawapan,
apa perlu kulakukan untuk,
bersinar seperti bintang.



p/s : cubaan kedua, trying to express it in real deep words :D

3 comments:

Gooseberry//Yo said...

oh my, so puitis. wish I can write that well :)

lulu said...

kau buat aku gelak tp tahniah la

adahuyss said...

nice blog...:)